Assalamu'alaikum,
Bahan tentang Sultan Mahmud Badaruddin 1 tidak banyak di internet seperti cicitnya Sultan Mahmud Badaruddin II. Kalau baca sejarah Palembang Darussalam ini, anda akan belajar bagaimana saudara-mara Sultan (adik Sultan Mahmud Badaruddin II sebagai contoh) mengadakan sabotaj untuk menduduki takhta dengan bantuan Inggeris. Sabotaj, perpecahan, keghairahan menaiki takhta dan pelbagai sebab merupakan antara faktor Kesultanan Melayu mengalami kejatuhan dan 'dijajah' orang Barat.
Hamba mengambil masa yang lama di kawasan pemakaman Sultan Muhammad Bahauddin. Kemudian terfikir, ada kubah hijau dari luar yang menempatkan Makam Sultan Mahmud Badaruddin 1, dan ini bukan bangunannya. Hamba keluar dan terus mencari di luar dan akhirnya baru terjumpa Makam Sultan Mahmud Badaruddin 1 di bawah kubah hijau. Kemudian terlihat pintunya berkunci. Takpalah, hamba ziarah dari luar saja, bisik hati. Nampak juga makamnya. Setelah menghabiskan beberapa amalan semasa ziarah makam, hamba pun keluar dari kawasan makam. Nak pergi jumpa pemandu ojet hamba kerana dah lebih 20 minit hamba di sini. Semasa hamba keluar, juru kunci Makam Sultan Mahmud Badaruddin I menyapa hamba dan bertanya hamba sama ada hamba mahu menziarahi makam. Alhamdulillah, 'perbuatan Allah Taala' mengizinkan hamba masuk ke dalam kawasan makam. Kekadang kata orang, kalau 'kita dijemput', maka akan dipermudahkan Allah Taala untuk kita ziarah. Wallahu'alam.
Banyak sejarah yang diceritakan oleh jurukunci tersebut tentang guru Sultan, isteri-isterinya. Yang hamba ingat adalah salah seorang isterinya dari Kesultanan Melayu Kelantan. Maknanya perhubungan antara Kesultanan Melayu di Nusantara telah lama berlangsung. Sultan Mahmud Badaruddin I terkanal kerana kewarakannya, juga terkenal sebagai seorang Wali Allah. Masjid yang dibinanya di ibukota masih tetap utuh sehingga hari ini (Hamba tak sempat ziarah). Al-Fatihah untuk Sultan Mahmud Badaruddin 1.
Pintu Makam
Makam Sultan Mahmud Badaruddin 1
Makam salah seorang isterinya
Di dalam kubah makam Sultan Mahmud Badaruddin I terdapat 5 orang Lainnya, dan salah satunya adalah Al-Habib Abdullah bin Idrus Al-Aidarus yang merupakan Imam kubur dari Sultan Mahmud Badaruddin I. Pemakaman Sultan Mahmud Badaruuddin I terletak di Pemakaman Kawah Tengkurep.
0 komentar:
Posting Komentar